BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 12, 2011

IDEA DATANG TIBA-TIBA

::Setelah termenung mencari idea..tibe2 luahan rasa muncul dari suara kecil hatiku yang selame ini tersimpan..tentang kehidupanku..perasaanku…apa yang perlu..dan kelemahan diriku…yang kadangkala, sukar dielakkan..::

Semoga kisahku menjadi renungan dan mengambil kelemahan diriku..sebagai ikhtibar yang menjadi kelebihan di dalam diri kalian :

Kehidupan  di dunia x selalu indah..
Pengalaman suka dan duka..
Yang kadang2 membuatkan hati ku gundah gelisah..
Aku x ingin lagi menambah  luka dan duka...
Inginku lalui semua ini dengah bahagia dan penuh indah..

Dalam kerapuhan dan keletihan daku melangkah..
Namun aku cuba untuk terus hadapi dengan gagah..
Walau sebenarnya aku tersangatlah lemah..
kulalui juga onak dan duri dengan pasrah..
kerna ku pasti semua ini tersembunyi hikmah yang indah..

keraguan selalu menghampiri di setiap hariku..
membuatkan aku terkadang mengundang rasa nestapa..
sedangkan keyakinan dalam kehidupan itu perlu…
entahlah..mengapa sukar untuk aku meyakinkan  semuanya..
kerjaya, cita-cita, cinta, rasa, dilemma sentiasa menjadi tanda Tanya dalam kotak fikiranku…
sehingga aku lupa..alpa…pada yang di atas sana

Ya Rabb,
Ku pohon seribu andai bukan berjuta ketenangan…
Kau isilah hatiku dengan cahaya kesucian-Mu..
Semoga diriku tidak terus hidup dalam kegelisahan...
Malah..hidupku penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan dari-MU..
Aku redha…kerna disebalik semua ini terselit berjuta kebaikan…

Ya Rabb,
Hilangkanlah kesedihan dalam hati ini..
Aku buntu, ibarat hilang arah tujuan dalam kehidupan…
Hidupku penuh dengan persoalan berbanding jawapan…
Andai ku hanyut..sedarkanlah aku dari fantasi ini…
Kerna aku x seharusnya hidup begini..
Kau benamkanlah persoalan., tunjukkanlah jawapan dan kebenaran…
Semoga aku tidak lagi hidup dalam kecelaruan ini..
Amin…Ya rabbal ‘alamin….

Positif dan negative biar bertempat


Apakah positif?

Apakah negative?

*positif adalah sesuatu perkara, pemikiran atau rasa yang menuju ke arah yang baik atau bagus

*negative adalah sesuatu perkara yang dianggap buruk ataupun yang menolak tak kiralah samada rasa, pemikiran atau pun rasa

Tapi, bila difikirkan, sebenarnye dua2 perlu dalam kehidupan..
Contohnya, cuba fikir remote control xkan berfungsi andai tiada cas positif dan negative yang ade pada bateri…

Begitulah juga dalam kehidupan seharian kita..kita sepatutnya berfikir secara positif bak kate omputih, thinking in positive way in u’r life (motivate ckit) . sebab aku pernah terbace positive tu mempangaruhi cas2 yg terdapat dalam otak dan badan kita..yang membuatkan kite jadi bagus..

Tapi, percaye atau tidak, tak semua benda kita kene terima secara positif,,, contohnya..cuba fikir kalau kita tak semayang, xkan kita nak fikir secare positif yang Tuhan xkan marah..padahal terang-terangan memang salah..ibarat begitulah motifnya disini..(^_^) contoh lain, apabila manusia tu nak mencuri, dia think positif yang dia mencuri tu ‘kerja halal’ atau pun jadi GRO tu ‘takpe’. Agak peril jgk sebenarnya..haha..

Nampak tak ape yg aku cube nak sampai kan? Klau xnampak pakai spek..hehe..
Aku dapat idea ni semase bersiar2..aku akn dpt  idea bile aku makan angin..tapi xkan dpt idea kalau aku terus mengadap laptop n pakse diri untuk pk idea..haha (gile cket)

Aku cume akan pk dan luahkan apa yang aku rasa dan apa yang aku fikir..oklah, dahla cite psl aku..agak bosan sbnrnye..okla, sambung balek topic tadi..macam tu jugak dengan negative tu..kite sebenarnye patut pk negative..tapi biar bertempat..contohnye..benci tu satu perasaan negative..btol x? andai kite gunakan benci tu bertempat..kita akan jadi lebih baik..contohnya,, kite patut benci dengan syaitan..atau kata lainnya..benci dengan kemungkaran (bukan nak berkhutbah sgt pun). Klau xpahm lagi..lu pk la sendiri (dah xde idea, idea dh hilang).

Tapi bahaya kalau kita benci pada manusia..terutama yang berlainan jantina, sebab kadang2 cas tersebut boleh bertukar jadi sebaliknya..jadi hati2lah..be natural.. (terkena kat diri sendiri sbnrnye).  Ni pengalaman aku sendiri, lagi satu, jangan sesekali banyak kate orang..nnti diri sendiri akan hadapi balik situasi tersebut..situasi ni banyak kali dh aku kne..tapi pengalaman nilah membuatkan aku lebih berhati-hati dalam hidup aku..dan jadi yang lebih baik dari dulu…

Kesimpulannya..semua benda yang kita buat kene bertempat…dan fikirlah sedalam-dalamnya agar kita xmenyesal dengan apa yang sudah terjadi dalam kehidupan kita..berbalik kepada remote control tadi…andai kita xgunakan cas positif dan negative yang ade pade bateri tadi dengan betul, dan letakkan pada tempat yang salah kat remote control tu…adakah remote control tadi boleh berfungsi dengan btol dan baik? Begitulah simboliknya..untuk manusia..fikir2kanlah apa yang jadi pada manusia andai positive dan negative tak bertempat….

Thursday, April 7, 2011

I'm back

Assalamalaikum..

  Setelah sekian lame x menulis blog..akhirnya aku kembali jua untuk menekan keyboard..sebenarnye sebelum ni x ingat password n email..tapi setelah 'menerai' semula sebentar tadi..Alhamdulillah boleh..sebenarnye sebelum ni agak busy nak tulis blog ni..disebabkan final year degree banyakla benda nak kene buat..sedar tak sedar hampir 5 tahun aku di UNITEN muadzm shah tu..hanya tinggal 1 sem je lg..iaitu 4 bulan sahaja di UNITEN pasni..bersyukur sgt2..harap2lah sumenye berjalan lancar..skrg ni la aku boleh buat apa yang aku nak buat sebabnye aku tengah cuti sem sebulan..mase ni lah aku bleh release kan tension blajar...sedar tak sedar umur semakin meningkat..kawan2 dh ade yg kwen, ade anak..tunang dan sebagainye..pengalaman hidup lebih mematangkan aku untuk berfikir secara rasional...dah lame x menulis ni, otak agak beku untuk melontarkan idea2 bernas..huhu..tp kat sini aku kongsikan petua untuk hilangkan bosan..haha..sebenarnya di tujukan untuk aku gak sume ni...


Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.




1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
 Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.
                                                
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.

3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikananda macam tak mahu berhenti.

sumber:  Artikel iluvislam.com

p/s~ belum ade idea best untuk ditulis..(*_*)