BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 7, 2011

I'm back

Assalamalaikum..

  Setelah sekian lame x menulis blog..akhirnya aku kembali jua untuk menekan keyboard..sebenarnye sebelum ni x ingat password n email..tapi setelah 'menerai' semula sebentar tadi..Alhamdulillah boleh..sebenarnye sebelum ni agak busy nak tulis blog ni..disebabkan final year degree banyakla benda nak kene buat..sedar tak sedar hampir 5 tahun aku di UNITEN muadzm shah tu..hanya tinggal 1 sem je lg..iaitu 4 bulan sahaja di UNITEN pasni..bersyukur sgt2..harap2lah sumenye berjalan lancar..skrg ni la aku boleh buat apa yang aku nak buat sebabnye aku tengah cuti sem sebulan..mase ni lah aku bleh release kan tension blajar...sedar tak sedar umur semakin meningkat..kawan2 dh ade yg kwen, ade anak..tunang dan sebagainye..pengalaman hidup lebih mematangkan aku untuk berfikir secara rasional...dah lame x menulis ni, otak agak beku untuk melontarkan idea2 bernas..huhu..tp kat sini aku kongsikan petua untuk hilangkan bosan..haha..sebenarnya di tujukan untuk aku gak sume ni...


Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.




1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
 Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.
                                                
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.

3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikananda macam tak mahu berhenti.

sumber:  Artikel iluvislam.com

p/s~ belum ade idea best untuk ditulis..(*_*)

0 comments: