BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 12, 2011

IDEA DATANG TIBA-TIBA

::Setelah termenung mencari idea..tibe2 luahan rasa muncul dari suara kecil hatiku yang selame ini tersimpan..tentang kehidupanku..perasaanku…apa yang perlu..dan kelemahan diriku…yang kadangkala, sukar dielakkan..::

Semoga kisahku menjadi renungan dan mengambil kelemahan diriku..sebagai ikhtibar yang menjadi kelebihan di dalam diri kalian :

Kehidupan  di dunia x selalu indah..
Pengalaman suka dan duka..
Yang kadang2 membuatkan hati ku gundah gelisah..
Aku x ingin lagi menambah  luka dan duka...
Inginku lalui semua ini dengah bahagia dan penuh indah..

Dalam kerapuhan dan keletihan daku melangkah..
Namun aku cuba untuk terus hadapi dengan gagah..
Walau sebenarnya aku tersangatlah lemah..
kulalui juga onak dan duri dengan pasrah..
kerna ku pasti semua ini tersembunyi hikmah yang indah..

keraguan selalu menghampiri di setiap hariku..
membuatkan aku terkadang mengundang rasa nestapa..
sedangkan keyakinan dalam kehidupan itu perlu…
entahlah..mengapa sukar untuk aku meyakinkan  semuanya..
kerjaya, cita-cita, cinta, rasa, dilemma sentiasa menjadi tanda Tanya dalam kotak fikiranku…
sehingga aku lupa..alpa…pada yang di atas sana

Ya Rabb,
Ku pohon seribu andai bukan berjuta ketenangan…
Kau isilah hatiku dengan cahaya kesucian-Mu..
Semoga diriku tidak terus hidup dalam kegelisahan...
Malah..hidupku penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan dari-MU..
Aku redha…kerna disebalik semua ini terselit berjuta kebaikan…

Ya Rabb,
Hilangkanlah kesedihan dalam hati ini..
Aku buntu, ibarat hilang arah tujuan dalam kehidupan…
Hidupku penuh dengan persoalan berbanding jawapan…
Andai ku hanyut..sedarkanlah aku dari fantasi ini…
Kerna aku x seharusnya hidup begini..
Kau benamkanlah persoalan., tunjukkanlah jawapan dan kebenaran…
Semoga aku tidak lagi hidup dalam kecelaruan ini..
Amin…Ya rabbal ‘alamin….

0 comments: