BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 7, 2010

Antara Sedar atau Tidak

Antara sedar atau tidak,
Sekarang umur aku dah pun mencapai 21 tahun..
Macam xpercaye..tapi inilah hakikat kehidupan..haha

Antara sedar atau tidak,
kawan-kawan aku ramai yang dh kawen..
Siap ade anak lagi...maju btol...bagusla..janji 'korang' bahagia sudaa~

Antara sedar atau tidak,
Aku kene sedar diri jugak...haha
Sedar diri & sentiasa usehe untuk jadi lebih baik drpd semalam...
Its not easy to be good...
but its not hard to be bad...

Antara sedar atau tidak, 
Dunia zaman sekarang telah banyak berubah...
Termasuklah penghuninya...
So much of 'so sial' now adays..(speakim lenim)

Antara sedar atau tidak,
Banyak orang yang 'so sial' buang anak...
Sosial ke? 'so sial' tu? jawabla sendiri dalam hati anda..
Amat menakutkan, tapi itulah realiti yang harus dihadapi oleh masyarakat malaysia skrg...
Lebih memalukan apabila majoriti yang buat 'so sial' tu adalah melayu Islam..
Amatlah mengecewakan..bak kata pepatah 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'..
Pencapaian yang paling cemerlang dan terbilang setakat yg aku rase n the famous thing is 'so sial'..
Itulah yang terjadi apabila undang-undang Allah tolak ke tepi, tapi cipta undang-undang sendiri..
helloo?? its not makes sense u noe..wakaka
Cubalah baca akhbar, boleh dikatakan hari2..
Seriusly aku sebagai org perempuan takot klau jadi begitu..nauzubillah..
Ya Allah, kau kuatkan hambamu yang lemah ini..huhu..
Sebab aku tau iman aku tidak sekuat sahabat nabi..apatah lagi nabi.. 
Tapi sebagai manusia biasa yang amat lemah imannya..hanya mampu mencuba jadi yang terbaik..
Tapi ku akui..tidak semudah kata-kata atau tulisan...
Mulut boleh cakap macam-macam..
Tapi memerlukan 1001 kekuatan @ lebih untuk melawan syiton n nafsu dalam diri..
Even aku sendiri pun..xmampu lagi puaskan hati sesiapa..huhu.. 
Tetapi hidup dalam dunia yang penuh mencabar ni..
Memang memerlukan perisai iman sebagai pelindung diri..
walaupun iman hanya senipis kulit bawang @ popia sekalipun..
Iman itu perlu ada dalam diri..
Harap Tuhan bukakan seluas-luasnya pintu hati ini supaya cahaya keimanan lebih terpancar dalam jiwa ini..
Amin... 

Antara sedar atau tidak,
Kita telah banyak dijajah secara diam-diam..
'Dajjal' kecil telah pun banyak merasuki manusia, terutama yang beragama Islam..
Lihat sajalah dari segi masyarakat kita..
Ramai yang inginkan popular, mewah, kuasa, pangkat, kecantikan dengan apacara sekalipun..
Tanpa mengira halal & haram...janji banyak duit..Astaghfirullah..Engkau bagilah petunjuk & hidayah..
Aku akui setiap manusia sukakan kecantikan, sukakan kemewahan & sukakan segala-galanya yang indah... 
Dengan persekitaran yang penuh mencabar & penuh dengan anasir2 hitam dari putihnya..
Aku kadang2 tersasar jugak..kemudian insaf..kemudian tersasar lagi..
Aku manusia biasa..selalu sangat tertewas dengan dugaan hitam itu..
Ibarat kain putih..tinggal di kawasan kotor..lambat laun..kotor juge kain putih itu..huhu..
Tetapi kain putih itu mustahil akan selama-lama dan sentiasa putih..
Pasti akan tercalit juga hitamnya walaupun sebesar zarah sekalipun..
Tetapi kain putih itu boleh dibersihkan semula..dan kembali putih.. 
Kemudian hitam semula..begitulah ibaratnya diriku...
Kesimpulannya, sebagai manusia biasa, mustahil boleh lari dari kesilapan, tetapi kita hanya boleh usehe sebaik yg mungkin..dan bermuhasabah diri..
Tetapi manusia..pasti akan lebih nampak warna hitam dari warna putih..
Kalau orang pakai baju putih, then ada tompok2 hitam..pasti manusia akan nampak yang hitam tu...
Ibarat begitulah manusia.. 
Mende yang aku mengarut2 dari td ni..haha
But at least, bila tulis mende2 camni..boleh muhasabah diri..
hurmm..biasalah iman manusia terkadang terkurang terkadang bertambah...
Tapi harap2lah diri ini tidak jauh terhanyut dari landasan-Nya..
Amin..

Antara sedar atau tidak..
Aku dah pun mengantuk...
Dan mungkin akan xsedarkan diri kerana tidur sebentar lagi..

ADIOS::salam pemisi::

p/s~ next episod, pasal kesusahan dan kesenangan pulak...tatatititutu~