Wednesday, July 7, 2010
Antara Sedar atau Tidak
Posted by ordinary_gurl at 1:39 AM 0 comments
Monday, June 28, 2010
~Gegurl~
MALAY VERSION
Gegurl..
Disebalik kelembutanmu, terselit kekuatanmu..
Disebalik lemahnya dirimu, terpancar ketabahanmu..
Disebalik keayuanmu, terbukti keperempuananmu..
Disebalik keperempuananmu, masih terserlah ketegasan dirimu..
Gegurl
Jangan kau sia-sia kan perawan dirimu..
Hiaskanlah malu pada-Nya sebagai mahkota dirimu..
Martabatkanlah kesucianmu supaya tingginya kehormatanmu..
Usah kau tagihkan nikmat dunia yang penuh dengan penipu..
Gegurl
Dirimu amatlah berharga di dunia..
Kerna hanya dirimu mampu membesarkan umat manusia..
Dirimu adalah hiasan di dunia...
Kerna dirimu mampu menggoncangkan dunia..
Gegurl
Kau mampu jadi yang terhebat..
Kerna kamulah yang terhebat antara yang terhebat...
Kamu mampu jadi yang terbaik..
Kerna seorang gegurl yang solehah lebih baik drpd 1000 pria soleh..
Gegurl
Jangan kamu sesekali lemah...
Bangkitlah kamu daripada lena dunia yang ketawa berdekah-dekah..
Jangan sekali-kali diri kamu menyerah kalah..
Kerna janji yang Maha Esa memang tak pernah salah..
ENGLISH VERSION
Gegurl
You are the worthest on the world..
Without you gegurl..the man power meanless..
Like the song without music, does never perfect..
Without you gegurl..there is no anything perfect in the world..
Gegurl
You are so beatiful if you are 'solehah'..
You are so wonderful if you are successful..
You are so sweet if you are honest and behave u'rself..
You are so powerful if you have everything that man live without..
Gegurl
Carefully with the mans' words..
Bcoz you can be hurt bcoz of the words..
Words without confidentiality like the words that damn much worse..
The worse that worse than the animal at the zoos.. (wrong grammer)
Bcoz the worse animal never say a worse words..
Bcoz the worse animal never have anything to says..
Bcoz the worse animal can't says a words..
Gegurl
You are the bombastic, if you are not plastic..
You are not plastic if you are not a materialistic..
You are not materialistic if you are realistic..
You are realistic if you are not plastic..
If you are plastic i'll juz 'lastic' the plastic..
p/s~ karang karutku semase ku mengarang..kah3.
Posted by ordinary_gurl at 10:02 PM 0 comments
Sunday, June 27, 2010
Antara Sahabat & Cinta
Sahabat,
Antara cinta & sahabat, sahabatlah yang paling setia..
Tetap bersama walaupun sesukar mana keadaanku..
Mereka yang bernama sahabatlah penglipur laraku..
Akan ku kenang dirimu sahabat sampai bila-bila..
Cinta,
Ku akui dirimu begitu indah..
Kau mengajar ku erti bahagia..
Juga mengajarku erti derita..
Yang pasti tiada kepastian dalam cinta..
Tetapi masa & keadaan telah mengajarku..
Untuk menjadi lebih matang & tabah menghadapi segalanya..
Cinta tak semestinya akan menjadi jodoh dan takdir penentu hidup..
Tetapi hanya cinta-Nya menjadi penetu segalanya..
DIAlah yang maha menetukan..
Manusia hanya mampu merancang..
Selagi belum ada ikatan yang sah..
Usahlah terlalu berharap..
Kerna kelak akan merana kerana cinta..
Cinta boleh membuatkan seseorang jatuh sakit..
Dan cinta juga boleh membuatkan seseorang terus bangkit..
Tapi bagiku andai mengharapkan cinta ilahi..
Pasti akan membawa kebahagiaan yang abadi..
Kerna cinta-Nya adalah pasti..
p/s~ketandusan idea..(*_*)
Posted by ordinary_gurl at 6:13 AM 0 comments
Saturday, June 26, 2010
PERSEPSI CANTIK??
p/s~~Aku baru saje cube tulis sikit-sikit..aku xpandai menulis, =b tp aku saje nak ade blog..nak isi masa lapang dari terbuang~~
::Aku tertarik dengan isu ini...sekadar perkongsian buat semua::
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.
Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.
Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.
Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Posted by ordinary_gurl at 9:49 AM 0 comments
Dunia Oh Dunia
Dunia
Dalam kesamaran, ku mencari cahaya-Nya,
Dalam kepayahan, ku mencari kesenangan dari-Nya,
Dalam kealpaan, ku mencari kebenaran-Nya,
Dalam kekurangan, ku mencari pelengkapnya,
Dunia Oh Dunia
Manusia sering alpa dengan mu dunia,
Kerna engkau dipandang indah,
Walau engkau hanyalah sementara,
Tapi ibarat hidup selamanya,
Dunia Oh Dunia
Kadangkala ku tersungkur dengan dugaan dunia,
Kerna diriku hanyalah insan biasa,
Tidak pernah berhenti melakukan salah,
Tetapi ku tidak akan menyerah kalah,
Dunia Oh Dunia
Walau dirimu begitu mencabar,
Akan ku laluimu dengan penuh kerelaan,
Walau di dalamnya begitu banyak hitam dari putihnya,
Akan ku redah dengan sebanyak mana iman di dada,
Dunia Oh Dunia
Ku mengaharap di dalam mu,
Masih ada cinta sejati untukku,
Yang dirancang oleh-Nya yang terbaik untukku,
Kerna ku percaya tersembunyi hikamah-Nya,
Dunia Oh Dunia
Ku mengaharap kebahagiaan di dunia akan berkekalan hingga ke 'sana',
Kerna hatiku bimbang akan bila tiba masa Dia memanggil,
Ku mengharapkan yang terbaik di atas dunia untuk ku ke 'sana',
Kerna aku tidak sanggup menanggung derita berkekalan,
Dunia Oh Dunia
Nikmatnya dirimu hanyalah sementara,
Diberi pinjaman dari yang Maha Esa,
Aku hanya mampu berdoa kepada-Nya,
Kerna aku adalah milik-Nya,
Dunia Oh Dunia
Aku redha dan pasrah atas segalanya,
Aku masih lagi berdiri kerana-Nya,
Kerna dirimu tempat sebelum ku ke 'sana',
Ku mengharap aku tidak hanyut dalam arusmu dunia,
**Jika melawan arus, kamu akan penat, jika kamu mengikut arus, kamu akan hanyut, tetapi kamu akan selamat jika kamu menongkah arus dan menuju ke tempat yang selamat**
Posted by ordinary_gurl at 7:53 AM 0 comments